Lebuh raya ke ibu negara baharu Indonesia antara janji Umno Sabah


Jason Santos

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata parti akan merealisasikan semua janji dibuat jika berjaya merampas kembali negeri pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2019.

HAK kerajaan negeri termaktub dalam Perlembagaan persekutuan dan lebuh raya ke ibu negara baharu Indonesia adalah antara janji Umno Sabah ketika ia berusaha untuk merebut kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin memberitahu The Malaysian Insight bahawa cawangan parti yang tidak lama lagi akan mempunyai kuasa bertindak bebas daripada kepimpinan persekutuan, sedang mengkaji 11 strategi baru bagi merealisasikannya.

Salah satu umpan terbesar yang digunakan ialah dengan janji terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang termaktub dalam Perlembagaan persekutuan, supaya Putrajaya tidak dapat mengelak daripada memberikan apa yang sepatutnya kepada negeri itu.

“MA63 akan diwujudkan dalam Perlembagaan, dan terma serta syarat perjanjian akan dilaksanakan serta-merta,” kata Bung Moktar.

“Tidak seperti kerajaan Pakatan Harapan, yang menggunakan MA63 untuk mempermainkan emosi penduduk Sabah, Umno negeri juga akan merealisasikan 20% royalti minyak dan kelayakan pendapatan sebanyak 40% sebaik sahaja ia berkuasa.”

Tawaran lain adalah lebuh raya menghubungkan Sabah ke ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur, katanya.

Beliau berkata Umno negeri akan memulakan perbincangan dengan Putrajaya dan kerajaan Indonesia berhubung lebuh raya itu, sambil menambah ia akan meningkatkan ekonomi tempatan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah. – 30 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen