SEBUAH badan bukan kerajaan (NG) mendakwa pihak keselamatan Israel menyeksa seorang tahanan Palestin yang disyaki terlibat dalam kes pengeboman di Tebing Barat.
Kes itu menyebabkan seorang remaja Israel tersebut.
Israel menahan tiga pejuang Palestin beberapa minggu lalu susulan pengeboman pada 23 Ogos itu.
Agensi keselamatan Israel Shin Bet mengenalpasti ketua pejuang itu sebagai Samer al Arbeed.
Namun kumpulan penyokong tahanan Palestin Addameer berkata Samer dimasukkan ke hospital kerana diseksa dengan teruk sepanjang siasatan oleh Israel.
Dakwa NGO itu, Samer dipukul dengan teruk oleh anggota polis Israel yang menahannya.
“Samer mengalami patah tulang dada dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” kata peguam tahanan itu dipetik Addameer.
Polis enggan mengulas tentang keadaan Samer ketika ditahan tetapi Shin Bet mendakwa pejuang Palestin itu berada dalam keadaan tidak sihat semasa disoal siasat.
Susulan pendedahan Addameer, Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila merayu agar pertubuhan antarabangsa untuk campur tangan bagi menyelamatkan Samer. – AFP, 29 September, 2019.
Komen