Iran waspada serangan ke atas sektor tenaga


Iran menafikan laporan akhbar pada 24 September lalu kononnya loji minyaknya menjadi mangsa serangan siber. – Gambar EPA, 29 September, 2019.

MENTERI minyak Iran mengarahkan sektor tenaga negara itu berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran ancaman serangan ‘siber dan fizikal’.

Bijan Namdar Zanganeh berkata langkah itu diambil ekoran sekatan Amerika Syarikat (AS) dan perang ekonomi berskala besar yang didalangi Washington.

AS, Arab Saudi, Britain, Jerman dan Perancis menyalahkan Iran kerana serangan terhadap sektor minyak Saudi pada 14 September lalu dan memaksa negara pengeluar utama minyak itu mengurangkan pengeluaran secara mendadak.

Teheran nafi terlibat dalam mana-mana serangan itu dan pemberontak Houthi mengaku mendalanginya.

Iran menyokong kumpulan pemberontak itu bagi menentang Saudi dan sekutunya dalam perang di Yaman.

Susulan serangan itu, Presiden AS Donald Trump berkata beliau sedia melakukan tindak balas.

Beberapa hari kemudian, beliau mengumumkan sekatan yang lebih ketat terhadap ekonomi Iran.

Iran menafikan laporan akhbar pada 24 September lalu kononnya loji minyaknya menjadi mangsa serangan siber. – AFP,  29 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen