Stesen kereta api laju Jeddah terbakar


Tangkap layar video yang dimuat naik oleh kerajaan wilayah Makkah di Twitter menunjukkan asap tebal di kawasan dalam kompleks itu. – Gambar Twitter, 29 September, 2019.

SATU kebakaran tercetus di sebuah stesen tren berkelajuan tinggi di bandar Jeddah, Arab Saudi.

Satu video yang dimuat naik oleh kerajaan wilayah Makkah di Twitter menunjukkan asap tebal di kawasan dalam kompleks itu.

Kebakaran itu berlaku pukul 12.35 waktu tempatan dan berjaya dipadamkan tidak lama kemudian.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca sebenar kebakaran tidak dinyatakan.

Stesen kereta api itu dibuka kepada awam sejak Oktober tahun lalu dengan menghubungkan Makkah dan Medinah.

Sistem pengangkutan itu mempunyai kemampuan membawa penumpang dengan kelajuan 450 kilometer sejam.

Raja Salman merasmikan perkhidmatan itu pada September 2018 dan ia merupakan projek pengangkutan terbesar di wilayah tersebut. – AFP,  29 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen