Pengawal peribadi Raja Arab Saudi mati ditembak


Fagham sering dilihat bersama Raja Salman dan amat dikenali dalam kalangan rakyat Arab Saudi. – Gambar Facebook, 29 September, 2019.

SEORANG pengawal peribadi Raja Arab Saudi, Raja Salman ditembak mati ditembak dan tujuh lagi cedera termasuk anggota keselamatan dalam satu pergaduhan di rumah kawannya.

Jeneral Abdelaziz al-Fagham yang sering dilihat bersama raja, meninggal dunia petang Sabtu di Jeddah.

Menurut polis, Fagham melawat rumah kawannya di Jeddah sebelum seorang lagi kawannya, Mamdouh al-Ali memasuki kediaman itu.

Kedua-dua mereka kemudiannya bertelagah dan Ali meninggal rumah itu sebelu m kembali membawa pistol dan melepaskan tembakan ke arah Fagham, kata polis.

Dua lagi individu dalam rumah tersebut turut cedera terkena tembakan.

Kejadian itu dipercayai akibat perselisihan peribadi tetapi tiada butiran lanjut diberikan pihak polis.

Ali kemudiannya ditembak mati apabila berbalas tembakan dengan pengawal peribadi Fagham selepas suspek enggan menyerah diri.

Fagham sering dilihat bersama Raja Salman dan amat dikenali dalam kalangan rakyat Arab Saudi. – AFP,  29 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen