DUA orang terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebuah gerabak “rollercoaster” tergelincir di sebuah taman tema di Mexico, kata pihak berkuasa.
Laporan awal menyebut masalah teknikal menjadi punca gerabak itu tercabut daripada landasan dan jatuh hampir 10 meter ke tanah, kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.
Dipercayai dua lelaki maut kerana kecederaan di kepala, dan dua orang wanita dibawa ke hospital untuk rawatan- salah seorang mengalami kecederaan serius.
Kejadian berlaku di Taman Tema La Feria, di Bandar Mexico semalam.
Menerusi Twitternya, pengurusan taman tema berkata “ia kesal dengan kemalangan ngeri itu” dan sudah melancarkan siasatan dalaman. – AFP, 29 September, 2019.
Komen