Bas bertembung trak, 36 terbunuh di China


SEKURANG-KURANGNYA 36 orang maut dan 36 lagi cedera di timur China selepas bas persiaran bertembung dengan sebuah trak, semalam.

Bas itu dipercayai membawa 69 penumpang dalam kejadian yang berlaku di lebuh raya timur wilayah Jiangsu pagi semalam, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku disebabkan tayar bas yang pecah.

Kemalangan maut di jalan raya merupakan perkara biasa di China di mana peraturan-peraturan trafik kerap dilanggar atau tidak dikuatkuasakan.

Menurut pihak berkuasa seramai 58,000 orang terbunuh dalam kemalangan di seluruh China pada 2015. – AFP, 29 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen