PIHAK keselamatan membunuh empat militan dalam dua kejadian berasingan di wilayah Kashmir yang ditadbir India.
Menurut polis India, tiga militan dibunuh di kawasan pasar Batote dekat Jammu selepas suspek menahan seorang tebusan dalam rumah mangsa.
Tebusan itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Seorang lagi militan maut dalam kejadian berbalas tembakan di Kangan, utara wilayah itu.
Dalam satu kejadian lain, kumpulan militan melontar bom tangan di kawasan Safakadal dekat Srinagar tetapi tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,
Pihak keselamatan mengetatkan larangan di Kashmir dan Jammu ekoran kebimbangan tercetusnya tunjuk perasaan menjelang ucapan pemimpin India dan Pakistan di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan memberi amaran kepada PBB bahawa isu pertikaian Kashmir dengan India mungkin akan bertukar menjadi perang nuklear dan memberi kesan kepada dunia.
Wilayah Kashmir menjadi isu pertikaian dan ketegangan antara India dan Pakistan sejak 1947. – AFP, 28 September, 2019.
Komen