'Spiderman' ditangkap selepas panjat bangunan di Frankfurt


Pada bulan Ogos, beliau memanjat pencakar langit Hong Kong dan membentangkan sepanduk "damai" sebagai menyokong protes pro-demokrasi. – Gambar AFP, 28 September, 2019.

ALAIN Robert, yang digelar sebagai “Spiderman” Perancis kerana sering memanjat bangunan pencakar langit di seluruh dunia, ditahan pada Sabtu di bandar Frankfurt, Jerman selepas memanjat menara “Skyper”.

Robert, 57, memanjat bangunan 42 tingkat itu hanya dengan mengambil masa setengah jam - tanpa kebenaran rasmi mahu pun peralatan keselamatan. 

Orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu bagi mengambil gambar.

Ketika beliau sampai di puncak, polis yang sudah bersiap sedia menangkap Robert. Robert yang aktif memanjat bangunan sejak tahun 1994, berjaya menakluk bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai, dan Menara Eiffel di Paris.

Pada bulan Ogos, beliau memanjat pencakar langit Hong Kong dan membentangkan sepanduk “damai” sebagai menyokong protes pro-demokrasi.

Pada hari Sabtu, dia tidak memberi kenyataan berkenaan rancangannya memanjat bangunan Skyper. – AFP, 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen