Turki sasar 75 juta pelancong menjelang 2023


TURKI mensasarkan 75 juta ketibaan pelancong menjelang 2023, kata Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu. 

“Sementara sasaran purata perbelanjaan per kapita dianggarkan US$867 pada 2023,” kata Mehmet Nuri Ersoy pada sidang akhbar di Istanbul.

Pada 2018 purata perbelanjaan per kapita adalah US$647 dengan perbelanjaan warga asing sebanyak US$617  manakala rakyat tempatan US$801, menurut Institut Statistik Turki (TurkStat).

Ersoy berkata negara itu mensasarkan perolehan pada perayaan 100 tahun Turki ialah sebanyak US$86 semalam menjelang 2023. 

“Kita perlu memberi tumpuan kepada pendapatan setiap malam, bukan setiap orang,” katanya.

Menurut TurkStat, tahun lepas Turki menerima seramai 45.6 juta pelawat dengan nilai pendapatan US$29.5 bilion. – Bernama, 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen