Denmark bakal anjur Kejohanan Berbasikal Dunia 2024


Denmark bakal menjadi tuan rumah kejohanan Basikal Dunia 2024 yang akan berlangsung di Arena Ballerup Super di Greater Copenhagen. – Gambar EPA, 28 September, 2019.

DENMARK bakal menjadi tuan rumah kejohanan Basikal Dunia 2024 yang akan berlangsung di Arena Ballerup Super di Greater Copenhagen, umum Kesatuan Berbasikal Denmark (DCU) semalam.

“Ia merupakan kejohanan trek terbesar selepas kejohanan berbasikal lebuh raya. Kami sangat gembira kerana ia akan diadakan di Denmark,” kata Presiden DCU Henrik Jess Jensen kepada TV 2 Sports News.

Agensi berita Xinhua melaporkan, keputusan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) mengenai pemilihan Demark itu diumum pada sidang akhbar di Harrogate, England pada Jumaat. – Bernama, 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen