BERATUS ribu belia dan kanak-kanak sekolah menyertai protes terhadap perubahan iklim di seluruh Eropah semalam.
Di Rome, Itali mereka berhimpun beramai-ramai pada perhimpunan “Friday for Future (Jumaat untuk masa depan)” sambil membawa sepanduk.
Penganjur berkata selain Rome, seramai 200,000 orang menyertai perhimpunan di Milan.
Sebanyak 180 bandar di Itali diseru mengadakan perhimpunan.
“Sertai penyelesaian, bukan pencemaran,” teriak peserta himpunan.
Himpunan juga diadakan di Vienna, Austria semalam menjadikan ia perhimpunan iklim terbesar setakat ini di negara itu.
Di Budapest pula, beribu orang kebanyakannya kanak-kanak memenuhi jalan raya,lebih ramai daripada himpunan sebelum ini.
Perhimpunan di seluruh Eropah menyahut gesaan remaja dari Sweden, Greta Thunberg yang bantahan terhadap perubahan iklim. – AFP, 28 September, 2019.
Komen