Hari ini genap setahun gempa di Palu


Setahun lalu Palu dilanda gempa bumi yang mencetus tsunami yang meragut 4,000 nyawa manakala 6,000 lagi masih tinggal di penempatan sementara selepas rumah mereka musnah. – Gambar AFP, 28 September, 2019.

HARI ini genap setahun bencana gempa bumi yang mengegar Palu, Indonesia sehingga meragut 4,000 nyawa.

Setahun Palu digoncang gempa bumi berukuran 7.5 magnitud lalu mencetus tsunami yang membadai kawasan tepi pantai bandar di Sulawesi itu.

Palang Merah melaporkan kira-kira 4,300 orang disenaraikan maut atau hilang manakala 6,000 lagi masih tinggal di penempatan sementara selepas rumah mereka musnah.

Bencana itu turut memusnahkan bot nelayan dan kedai sehingga menjejaskan mata pencarian penduduk.

Beratus sekolah rosak teruk dan berbahaya untuk digunakan, memaksa murid belajar secara bergilir di bilik darjah sementara kerana tiada ruang mencukupi, kata pertubuhan Save the Children hari ini. 

Bank Dunia sebelum ini menawarkan bantuan sehingga AS$1 bilion untuk membangunkan semula bandar Palu. – AFP, 28 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen