Jenayah terhadap orang tua di Seoul meningkat


Jumlah kesalahan terhadap ibu, bapa, datuk dan nenek di Seoul meningkat kepada 2,705 tahun lalu, peningkatan sebanyak 90.5% berbanding 1,420 pada 2014. – Gambar EPA, 27 September, 2019.

LEBIH 2,700 orang ditahan pada tahun lalu kerana melakukan jenayah terhadap ibu dan bapa atau datuk dan nenek, menurut data polis pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap.

Mengikut data dikumpulkan oleh seorang wakil Agensi Polis Negara, So Byung-hoon, mendedahkan jumlah yang melakukan kesalahan itu meningkat kepada 2,705 tahun lalu, peningkatan sebanyak 90.5% berbanding 1,420 pada 2014.

Pada 2015 sejumlah 2,222 kes dilaporkan manakala 2016 (2,685 kes) dan 2017 (2,359 kes).

Antara jenis kesalahan ialah 403 kes menyebabkan kecederaan pada anggota badan, 73 kes melakukan ugutan dan 152 lagi kes menyebabkan kematian.  

Nisbah pesalah yang ditahan sebanyak 4.8% tahun lepas, berbanding 6.98% pada 2014, 5.6% (2015), 5.3% (2016) dan 5.1% (2017). – Bernama, 27 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen