SEORANG lelaki yang dijatuhi hukuman mati pada 2002 atas kesalahan menghina agama dan menunggu 17 tahun untuk pelaksanaan hukuman terhadapnya, ditukarkan sabitan bersalah oleh Mahkamah Agung Pakistan, kata peguamnya semalam.
Wajih-ul-Hassan, seorang Muslim turut dipenjarakan setahun sebelum disabitkan bersalah. Dia dijangka dibebaskan beberapa hari lagi selepas keputusan dibuat mahkamah tertinggi Pakistan itu kelmarin, kata peguamnya, Nadeem Anthony.
“Semua orang menangis kegembiraan,” katanya, menambah ia satu “perjalanan yang panjang”.
Hina agama dan murtad isu sangat sensitif di Pakistan, di mana tuduhan menghina Islam yang tidak dapat dibuktikan juga boleh membawa kepada keganasan.
Kira-kira 40 individu disabitkan dalam kesalahan seumpama itu dan menunggu hukuman mati di Pakistan, mengikut anggara 2018 dibuat oleh Suruhanjaya AS berkenaan Kebebasan Agama Antarabangsa.
“Undang-undang murtad Pakistan terlalu luas, tidak jelas. Ia digunakan untuk menyasarkan minoriti agama, dendam peribadi dan keganasan,” kata Amnesty International dalam satu kenyataan.
Organisasi hak asasi manusia turut mendesak pihak berkuasa Pakistan membebaskan seorang lagi tertuduh kes hina agama, profesor universiti Junaid Hafeez, yang sudah lima tahun dikurung. – AFP, 27 September, 2019.
Komen