SUDAN semalam mengarahkan penutupan sempadannya dengan Libya dan Republik Afrika Tengah susulan kebimbangan keselamatan, kata pihak berkuasa.
Ia keputusan pertama seumpama itu pernah dibuat sejak kejatuhan pimpinan autokrat Omar al-Bashir.
“Majlis kedaulatan, dalam satu mesyuarat dengan kerajaan Darfur Selatan mengarahkan sempadan dengan Libya dan Republik Afrika Tengah ditutup kerana ia mengancam keselamatan dan ekonomi negara,” kata kenyataan itu.
Dalam beberapa tahun terakhir ini, laporan media mendakwa rakyat pemberontak dari wilayah perang Sudan di Darfur masuk ke Libya untuk membina kemampuan tentera mereka, dengan sebahagiannya menyertai tentera Khalifa Haftar.
Darfur diselubungi konflik pada 2003 apabila pemberontak kaum minoriti menggunakan senjata terhadap kerajaan didominasi Arab, Bashir yang digulingkan pada April lalu.
Puluhan ribu rakyat terbunuh dalam konflik bertahun-tahun di Darfur dan lebih dua juta hilang tempat tinggal, menurut PBB.
Keseluruhan keganasan berkurangan di Darfur, tetapi terdapat laporan mengatakan pendatang tanpa izin Afrika sering melintasi keluar masuk ke Libya.
Sudan terletak di laluan tengah yang menghubungkan Timur dan Barat Afrika ke Mediteranean dan Eropah. – AFP, 27 September, 2019.
Komen