SEORANG ahli keluarga diraja Qatar yang berdepan kontroversi, semalam berkata pihak berkuasa negaranya telah membekukan akaun bank miliknya berhubung peranan beliau dalam krisis Doha dengan jirannya.
“Rejim Qatar menghargai saya dengan membekukan semua akaun bank saya,” kata Sheikh Abdullah bin Ali Al-Thani.
Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun atas dakwaan menyokongan ekstremisme, tetapi dinafikan Doha.
Pada Ogos, Sheikh Abdullah bertemu dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman sebagai perantara untuk membuka semula sempadan darat bagi membolehkan jemaah haji Qatar melaksanakan jemaah haji ke Mekah.
Ia adalah pertemuan peringkat tertinggi pertama di antara negara itu sejak krisis diplomatik meletus.
Doha dengan cepat mengatakan beliau berada di Arab Saudi bagi misi “peribadi”, bukannya untuk kerajaan.
“Saya berharap Qatar ... kembali kepada saudara-saudara Teluknya kerana tidak ada orang lain akan ,” katanya tweet hari ini. – AFP, 15 Oktober, 2017.
Komen