Hujan lebat di India ragut 11 nyawa, 4 hilang


Awal minggu ini, Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat melanda Mumbai dan kawasan berhampiran. – Gambar AFP, 26 September, 2019.

SERAMAI 11 orang terbunuh manakala empat lagi hilang dalam insiden berkaitan hujan di Pune, 150 kilometer dari Mumbai, demikian menurut seorang pegawai polis, lapor agensi berita Xinhua. 

“Enam daripada mangsa maut akibat dihempap dinding runtuh manakala empat lagi lemas dalam kejadian pada lewat Rabu. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata pegawai polis yang bertugas di balai Pune pada Khamis.

Awal minggu ini, Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan hujan lebat melanda Mumbai dan kawasan berhampiran. 

Dua Pasukan Tindakan Bencana Negara telah dikerahkan untuk menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Sekolah dan kolej juga diarah ditutup. 

Sejak musim monsun bermula pada Jun, sebanyak 1,422 orang terbunuh di India. – Bernama, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen