Kevin Feige akan terbitkan filem terbaru Star Wars


Kevin Feige bertanggungjawab menerbitkan filem adiwira komik yang jadi kegilaan dunia sejak sedekad lepas, adalah penerbit yang menerbitkan kesemua 22 buah filem Avengers. – Gambar EPA, 26 September, 2019.

KETUA Marvel Studios Kevin Feige akan membangunkan filem terbaru Star Wars, lapor The Hollywood Reporter semalam.

Feige menyertai pasukan Lucasfilm ketika Presiden Studio Kathleen Kennedy bersedia untuk membangunkan era baharu filem Star Wars, kata Reporter.

“Kami teruja dengan projek Kathy dan pasukan Lucasfilm sedang usahakan,” kata Alan Horn, pengerusi bersama dan ketua pegawai kreatif Walt Disney Studios, yang memiliki Marvel dan Lucasfilm.

“Kathy sedang membangunkan era baharu penceritaan Star Wars dan Kevin yang merupakan peminat tegarnya, adalah cukup baik kedua-dua penerbit terkemuka ini bekerjasama.”

Feige yang bertanggungjawab menerbitkan filem adiwira komik yang jadi kegilaan dunia sejak sedekad lepas, adalah penerbit yang menerbitkan kesemua 22 buah filem Avengers.

Pada Julai lalu, Avengers: Endgame menjadi filem terlaris sepanjang zaman, merampas kedudukan Avatar hasil karya James Cameron.

Endgame meraih AS$2.709 bilion (RM11.7 bilion) hasil tayangan seluruh dunia sejak terbit pada April, berbanding AS$2.787 bilion diraih Avatar sejak ditayangkan pada 2009.

Selain filem terbaru Star Wars, Feige akan menyelia siri filem terbaru Marvel termasuklah drama TV menampilkan karakter popular Avengers, serta filem baru Marvel yang diambil alih Disney dengan pembelian 21st Century Fox, termasuklah X-Men. – AFP, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen