GERGASI aeroangkasa Eropah, Airbus, dilanda siri serangan godaman yang mensasarkan pembekalnya dalam usaha mencuri rahsia teknikal, kata sumber sekuriti kepada AFP, menambah yang mereka mengesyaki suspek mempunyai kaitan dengan China.
Terdapat empat serangan utama ke atas Airbus sejak 12 bulan lepas, menurut dua sumber sekuriti yang terlibat menyiasat serangan pengodam itu.
Gergasi itu sudah lama dianggap sasaran utama kerana teknologi canggih dimilikinya yang membuatkan ia menjadi salah sebuah pengeluar pesawat komersial terbesar dunia, serta pembekal peralatan ketenteraan.
Pada Januari, ia mengakui wujud kejadian sekuriti yang “menyebabkan akses tidak sah ke atas data” tetapi mereka yang mengetahui serangan itu juga membangkitkan operasi godaman yang lebih terancang dan besar sejak tahun lepas.
Penggodam mensasarkan pembuat enjin British Rolls-Royce, dan perunding dan pembekal teknologi Perancis Expelo, serta dua lagi kontraktor Perancis yang bekerja untuk Airbus yang tidak dapat dikenal pasti AFP.
Romain Bottan, pakar sekuriti aeroangkasa BoostAerospace, berkata serangan itu menunjukkan penggodam berusaha mencari ikatan lemah yang boleh mengancam sistem Airbus.
“Syarikat besar sangat dilindungi. Sukar untuk digodam, jadi syarikat kecil adalah sasaran lebih baik.” – AFP, 26 September, 2019.
Komen