New Zealand siap siaga hadapi gempa Alpine Fault


New Zealand sama juga seperti beberapa negara lain di dunia yang menghadapi risiko bencana alam semula jadi, antaranya ialah gempa Alpine Fault. – Gambar AFP, 26 September, 2019.

MENTERI Pelancongan dan Menteri Pertahanan Awam New Zealand Peeni Henare, berkata pada Khamis sektor pelancongan sedang bersiap siaga menghadapi gempa bumi Alpine Fault yang terletak di Pulau Selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua. 

Henare berkata sektor pelancongan, pengurusan bencana dan ahli sains akan berbincang untuk merencana persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

New Zealand sama juga seperti beberapa negara lain di dunia yang menghadapi risiko bencana alam semula jadi, antaranya ialah gempa Alpine Fault.  

Beliau berkata perancangan awal memainkan peranan penting dalam mengurus dan mengurangkan kesan gempa berskala besar. 

“Landskap menakjubkan yang menarik pelawat antarabangsa dan tempatan ke Pulau Selatan itu   merupakan produk penting dalam industri pelancongan negara,” kata Henare pada Forum Pelancongan AF8 pertama di Te Anau, Pulau Selatan pada Khamis.

“Forum ini membolehkan pengusaha pelancongan, pengurusan bencana dan saintis berbincang untuk melihat keperluan dan cabaran yang perlu dihadapi,” kata Henare.

Disertai pengusaha pelancongan, Kumpulan Pengurusan Pertahanan Awam Selatan, perkhidmatan kecemasan, agensi kerajaan pusat, universiti dan perniagaan tempatan, forum itu diseliakan oleh Projek AF8.

Forum itu adalah sebahagian siri aktiviti berterusan untuk berbincang dan berkongsi idea mengenai Alpine Fault dalam usaha memastikan komuniti dan agensi lebih bersedia secara kolektif. – Bernama, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen