Trump larang pegawai kanan Iran, Venezuela masuk AS


Dalam satu lagi pengisytiharan, Presiden Donald Trump berkata pegawai kanan kerajaan Iran dan Venezuela dilarang memasuki AS. – Gambar AFP, 26 September, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) mengenakan larangan terhadap pegawai kanan Iran dan Venezuela daripada memasuki negara itu, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Rumah Putih. 

“Saya telah memutuskan untuk menyekat dan melarang pegawai kanan rejim Nicolas Maduro masuk ke AS sebagai imigran atau bukan imigran,” kata Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih pada Rabu.

Dalam satu lagi pengisytiharan, Trump turut berkata pegawai kanan kerajaan Iran juga dilarang memasuki AS. – Bernama, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen