1,000 ditahan protes anti Sisi di Mesir


Protes yang jarang berlaku diadakan baru-baru ini di seluruh Meisr, mendesak untuk menggulingkan jeneral yang kini Presiden Abdel Fattah al-Sisi. – Gambar AFP, 26 September, 2019.

PIHAK berkuasa Mesir menahan lebih 1,000 orang, kata kumpulan hak asasi manusia, menyaksikan kekerasan semakin berleluasa yang turut membabitkan penahanan pengkritik terkemuka.

Mereka ditahan selepas mengadakan satu protes yang jarang berlaku terhadap Presiden Abdel Fatah al-Sisi, yang juga bekas jeneral tentera.

Gelombang penahanan berlaku menjelang “perarakan sejuta orang” pada Jumaat yang digesa oleh ahli perniagaan dalam pelarian di mana dalam videonya yang dimuat naik secara online mendakwa Sisi dan tentera melakukan rasuah, hingga mencetuskan bersiri himpunan minggu lalu.

Egyptian Centre for Freedoms and Rights (ECRF) berkata 1,003 ditahan sejak demonstrasi di beberapa tempat berlaku pada Jumaat lalu di Kaherah dan beberapa bandar lain di seluruh negara.

Pusat Ekonomi dan Hak Sosial Mesir melaporkan 1,298 ditahan.

Pengkritik berprofil tinggi ditahan termasuk Khaled Dawoud, bekas pemimpin parti liberal Al-Dostour yang dibawa ke pihak pendakwa pada Rabu, kata peguamnya.

Dia didakwa menyebarkan berita palsu dan menyertai kumpulan pengganas, dan ditahan reman 15 hari.

Dawoud akan dibicarakan secara bersama dalam kes membabitkan peguam hak asasi manusia Mahienour El-Massry dan aktivis veteran persatuan buruh Kamal Khalil, yang ditahan minggu sebelumnya. – AFP, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen