Lelaki bunuh keluarga dijatuhi hukuman mati di Texas


TEXAS semalam melaksanakan hukuman mati terhadap seorang pesalah yang membunuh tiga ahli keluarganya, selepas perbicaraan selesai.

Prosedur suntikan maut dilakukan terhadap pesalah terbabit.

Robert Sparks, 45, diisytiharkan meninggal dunia 6:39 petang waktu tempatan.

Dia dijatuhi hukuman mati pada 2008 kerana menikam hingga mati isterinya dan juga dua anak lelaki tirinya berusia sembilan dan 10 sebelum merogol dua anak tiri perempuannya berusia 12 dan 14 tahun di rumah mereka di Dallas pada tengah malam.

Tidak lama selepas pembunuhan itu, dia mendakwa melindungi diri daripadanya isterinya, yang dikatakan mahu meracunnya.

Peguamnya merayu sabitan itu ke Mahkamah Agung AS, berkata anak guamnya sakit mental dan menderita psikosis, menyebabkan beliau tidak patut dikenakan hukuman mati.

Mahkamah menolak rayuan itu beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman. – AFP, 26 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen