
SELEPAS lebih 500 hari memegang kuasa persekutuan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan tugas dengan memuaskan memandangkan ia kurang pengalaman dan kemampuan untuk memenuhi semua janji, kata pakar ekonomi dan persatuan perdagangan.
PH juga menunjukkan ketegasan dalam menangani rasuah, seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan rayanya.
Tetapi masih ada banyak janji pilihan raya yang perlu dipenuhi, kata mereka kepada The Malaysian Insight, menambah selepas tempoh “bulan madu” lebih setahun, ruang pelaksanaan semakin mengecil.
Paling dijangka ialah pelan ekonomi komprehensif untuk negara bagi menangani hutang yang besar sementara meningkatkan kebajikan rakyat, mencipta kerja baharu dan berpendapatan tinggi, menarik lebih ramai pelabur berkualiti dan membantu industri menyesuaikan diri dengan dasar buruh asing.
The Malaysian Insight menemu bual pakar ekonomi dan pihak berkepentingan dalam industri.
* Prof Dr Yeah Kim Leng, profesor Sunway Business School Economics:
Melihat kepada magnitud skandal dan ekonomi sarat hutang yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu, selain kurang pengalaman bagi kebanyakan menteri PH, keseluruhan pencapaian dianggap memuaskan bagi alasan berikut.
Pertama, ia menawan keyakinan kuat masyarakat umum dalam menangani hal fiskal, membina semula kepercayaan dan mengekalkan tadbir urus yang baik dan ketelusan. Kedua, selain menjadikan kehakiman utama dan pelantikan lain yang biasanya dilihat meritokrasi dan kurang politik, kerajaan mua menangani rasuah dengan lebih tegas.
Akhir sekali, ia kekal sebagai pasaran dan perniagaan yang mesra walaupun tercemar dengan sosialisme pada hari-hari awalnya.
Paling menyerlah dalam pentadbiran PH setakat ini ialah peralihan politik yang lancar memberikan stabiliti politik dalam negara. ini membolehkan ekonomi dan pasaran berfungsi dengan baik dan mengekalkan pertumbuhan cemerlang 4.7% pada 2018 dan separuh pertama tahun ini, walaupun berlaku pengangguran dan inflasi rendah akibat ekonomi dunia yang perlahan.
PH juga dapat melakukan pembayaran balik cukai yang pertama kali dibuat tanpa menjejaskan kewangan negara.
Namun, PH memerlukan pelan ekonomi komprehensif dan strategi untuk membezakan ia dengan pentadbiran terdahulu dalam bentuk pendekatan pembangunan, seperti perubahan daripada polisi berdasarkan kaum kepada berdasarkan keperluan. Ini perlu ditangani dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Pelaksanaan berkesan akan menjadi kunci utama dalam mengadili kerajaan PH. Mampukah ia dengan cepat meningkatkan standard kehidupan rakyat, mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan serta mencapai status negara membangun dalam tempoh sesingkat mungkin? – 26 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen