Korban gempa di Pakistan cecah 25 orang


Sehari selepas gempa berkekuatan 5.8 magnitud mengegar wilayah Kashmir, pihak berkuasa mengesahkan 25 orang terbunuh dan operasi menyelamat masih diteruskan sehingga Rabu. – Gambar EPA, 25 September, 2019.

ANGGOTA penyelamat dengan dibantu pihak tentera berdepan kesukaran untuk sampai ke kawasan terpencil di Azad Kashmir yang terjejas akibat gempa bumi, lapor agensi berita Anadolu.

Menteri Penerangan wilayah Azad Kashmir, Mushtaq Minhas berkata anggota penyelamat terpaksa menggunakan helikopter tentera untuk sampai ke semua  kawasan yang terjejas.

Sehari selepas gempa berkekuatan 5.8 magnitud mengegar wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan, pihak berkuasa mengesahkan 25 orang terbunuh setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga Rabu.

Minhas berkata sehingga kini 500 orang yang cedera telah dihantar ke hospital.

“Operasi menyelamat hampir selesai, kini operasi menyalurkan bantuan kemanusiaan akan bermula,” katanya.

Beliau berkata bekalan makanan dan air minuman akan diagihkan ke kawasan terpencil, yang masih terputus hubungan. – Bernama, 25 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen