100 mayat mangsa tragedi genosid 1994 ditemui di Kigali, Rwanda


Seorang lelaki melihat pakaian mangsa genosid 1994 di pinggir bandar ibu kota Kigali, Rwanda pada 6 April 2019. Sejak April 2018, ratusan kubur besar ditemui selepas penyerang serangan memberitahu lokasi kepada pihak berkuasa. – Gambar EPA, 25 September, 2019.

PENDUDUK tempatan di Rwanda menemui 100 mayat yang dipercayai menjadi mangsa dalam insiden genosid 1994 di ibu kota Kigali, lapor agensi berita Xinhua.

Penduduk mula menemui mayat tidak dikenali itu di daerah Nyarugenge, pinggir bandar Kigali sejak Jumaat, selepas menerima maklumat daripada mangsa yang masih hidup dalam tragedi 100 hari itu, kata Setiausaha Eksekutif Rwezamenyo Stella Mbabazi.

Mbabazi menggesa mereka yang mempunyai maklumat agar memaklumkan kepada pihak berkuasa supaya mangsa dapat dikebumikan dengan sempurna.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 tragedi berdarah itu yang menyaksikan lebih sejuta orang terkorban, terutamanya etnik Tutsis. – Bernama, 25 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen