Trump gesa India pulihkan hubungan dengan Pakistan


Presiden AS Donald Trump (kanan) menggalakkan Perdana Menteri Narendra Modi memperbaiki hubungan dengan Pakistan dan memenuhi janjinya bagi meningkatkan kehidupan rakyat Kashmir. – Gambar EPA, 25 September, 2019.

PRESIDEN Donald Trump menggesa Perdana Menteri India Narendra Modi memulihkan hubungan dengan Pakistan, susulan ketegangan yang berlaku di Kashmir, lapor agensi berita Anadolu memetik jurucakap White House.

Semasa pertemuan di luar sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Trump “menggalakkan Perdana Menteri Modi memperbaiki hubungan dengan Pakistan dan memenuhi janjinya bagi meningkatkan kehidupan rakyat Kashmir,” kata Hogan Gidley dalam satu kenyataan.

Jammu dan Kashmir yang dikuasai India dilanda ketegangan sejak 5 Ogos, apabila kerajaan India menolak Artikel 370 Perlembagaan India dan status istimewa yang diberikan kepada rantau ini.

Sejak itu, ramai orang sebahagian besar pemimpin politik ditangkap pihak berkuasa.

Menjelang pertemuan dua hala, Trump berkata “ia sesuatu yang baik” andai New Delhi dan Islamabad dapat mencari penyelesaian berhubung isu Kashmir.

“Kita semua mahu melihatnya, saya pasti yang lain juga mahu melihatnya,” katanya. – Bernama, 25 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen