SEORANG puteri dilantik untuk mengetuai sebuah gabungan persatuan pelbagai sukan di Arab Saudi, wanita pertama dalam negara konservatif Islam itu yang sukan didominasi oleh lelaki, kata seorang pegawai hari ini.
Pegawai itu yang enggan dinamakan memberitahu AFP yang Puteri Rima bint Bandar bin Sultan menjadi “wanita pertama mengetuai persekutuan sukan” yang meliputi pelbagai jenis sukan untuk lelaki dan wanita.
Pada Ogos 2016, puteri itu menjadi wanita pertama di Arab Saudi apabila dilantik Kabinet negara itu menduduki jawatan kanan dalam negara setaraf dengan menteri sukan.
Anak perempuan bekas duta Saudi ke Washington, Putera Bandar bin Sultan, Puteri Rima adalah graduan jurusan pengajian muzium dari sebuah universiti di Amerika.
Arab Saudi tidak membenarkan wanita bersukan secara terbuka malah mewujudkan sebuah pusat sukan tertutup khas untuk wanita yang menimbulkan kritikan konservatif agama negara itu.
Walaupun negara itu mengumumkan yang ia akan menarik larangan wanita memandu bermula Jun tahun depan sebagai sebahagian daripada perubahan negara itu, ia masih mengekalkan kawalan ketat kepada wanita dan pengasingan jantina.
Di bawah sistem penjagaan muhrim, seorang ahli keluarga lelaki- yang biasanya ayah, suami atau abang- perlu memberikan kebenaran untuk wanita belajar, melancong dan pelbagai aktiviti lain. – AFP, 14 Oktober, 2017.
Komen