MAHKAMAH Agung United Kingdom hari ini memutuskan bahawa Perdana Menteri Boris Johnson menyalahi undang-undang apabila menggantung parlimen.
Keputusan mahkamah itu menambahkan lagi desakan agar beliau meletak jawatan.
Panel 11 hakim sebulat suara bahawa tindakan Johnson itu tidak sah dan parlimen boleh bersidang semula.
Johnson berkata penggantungan sehingga 14 Oktober itu adalah langkah biasa bagi membolehkan pentadbirannya merangka rancangan perundangan baharu.
Pengkritik menuduh Johnson cuba menyekat suara ahli-ahli Parlimen beberapa minggu sebelum tarikh akhir Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada 31 Oktober.
“Mahkamah memutuskan bahawa keputusan untuk menasihatkan Ratu menggantung parlimen bertentangan dengan undang-undang,” kata Presiden Mahkamah Agung Brenda Hale.
“Kerana ia menjejaskan atau menghalang fungsi parlimen.”
Speaker Dewan Rakyat John Bercow berkata ahli Parlimen perlu segera bersidang. – AFP, 24 September, 2019.
Komen