BILANGAN aktivis alam sekitar di Filipina naik mendadak di bawah pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte, menurut laporan pemantau hak asasi antarabangsa hari ini.
Laporan Global Witness mendakwa dasar dan ucapan Duterte “menggalakkan” pembunuhan.
Kumpulan aktivis yang membantah aktiviti pembalakan, perlombongan dan perladangan sejak sekian lama berdepan keganasan di negara itu, namun angka kematian yang kian meningkat begitu membimbangkan, kata laporan itu.
Global Witness berkata seramai 30 orang dibunuh pada Julai tahun lalu, menjadikan Filipina sebuah negara yang paling ganas bagi golongan aktivis.
“Semenjak Presiden Duterte berkuasa, terdapat peningkatan bilangan aktivis alam sekitar termasuk aktivis Orang Asli,” kata jurucakap Global Witness, Ben Leather.
Menurut laporan kumpulan itu, sekurang-kurangnya 113 aktivis mati dibunuh sejak Duterte menjadi presiden pada pertengahan 2016. Manakala tidak kurang 65 orang dibunuh dalam tempoh tiga tahun sebelum beliau memegang kuasa.
Kempen memerangi dadah Duterte yang dikecam antarabangsa juga menyebabkan lebih 5,500 penagih dan pengedar dadah mati ditembak polis.
Tetapi kumpulan hak asasi berkata jumlah sebenar yang mati adalah empat kali ganda lebih tinggi. – AFP, 24 September, 2019.
Komen