POLIS Pulau Pinang berkata sindiket menjual dokumen pengenalan diri Malaysia kepada warga asing mungkin masih aktif beroperasi di beberapa negeri walaupun kegiatan itu berjaya ditumpaskan di negeri itu baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang T. Narenasagaran dipetik Malay Mail berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi untuk beberapa lama dan di “beberapa peringkta dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)”.
Katanya, siasatan masih berjalan walaupun seramai 20 orang ditahan termasuk seorang penolong pengarah JPN Pulau Pinang kerana menjual MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing.
Penolong pengarah itu, Mohd Faizul Ariffin, didakwa pada pada 12 September.
Sindiket tersebut mengenakan bayaran antara RM100,00 hingga RM600,000 bagi warga asing yang mahu mendapatkan dokumen pengenalan diri.
Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengumumkan pegawai JPN akan mengentikan serta-merta pendaftaran lewat kelahiran di pejabat JPN negeri sebagai sebahagian daripada usaha membendung penipuan. – 24 September, 2019.
Komen