Brazil tahan 63 individu, denda AS$8.7 juta kebakaran hutan Amazon


Brazil pada Ogos mencatatkan 30,901 kebakaran di wilayah Amazon, hampir tiga kali ganda daripada 10,421 yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2018. – Gambar AFP, 24 September, 2019.

MENTERI pertahanan Brazil berkata pada Isnin berkata seramai 63 individu ditangkap dan mengenakan denda berjumlah AS$8.7 juta selepas tentera dihantar untuk memadamkan kebakaran di hutan hujan Amazon.

Pengumuman itu datang ketika Presiden Jair Bolsonaro tiba di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan menegaskan untuk mempertahankan kedaulatan Brazil selepas kebakaran itu mencetuskan kritikan antarabangsa.

Bolsonaro pada Ogos membenarkan kerahan tentera ke Amazon dalam operasi yang dilanjutkan sehingga 24 Oktober.

Menteri Pertahanan, Fernando Azevedo e Silva memberitahu sidang akhbar bahawa tentera membuat operasi 571 darat dan 250 di udara untuk medamkan kebakaran di hutan hujan, penyerap utama karbon dioksida yang merupakan satu daripada kepelbagaian biologi yang paling pekat dan luas di Bumi.

Berdasarkan penyelidikan Institut Penyelidikan Angkasa Negara (INPE) negara, Brazil pada Ogos mencatatkan 30,901 kebakaran di wilayah Amazon, hampir tiga kali ganda daripada 10,421 yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2018, kata Azevedo.

Menteri itu menegaskan jumlah kebakaran yang direkod sepanjang bulan ini di hutan hujan ialah 17,095, jauh di bawah purata sejarah bagi September iaitu 33,426, sambil mengakui kebimbangan terhadap kebakaran di kawasan tertentu, khususnya di tengah bahagian hutan.

Ketika jumlah kebakaran yang semakin meningkat di Amazon, Bolsonaro menerima di dalam dan luar negara berhubung tindakannya yang memberi keutamaan kepada perniagaan berbanding pemuliharaan alam sekitar.

Beliau membalas dengan menuduh Perancis dan Jerman “membeli” kedaulatan Brazil selepas kumpulan G7 menawarkan AS$20 juta bantuan bagi memadamkan kebakaran di Amazon. – AFP, 24 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen