Messi, Rapinoe diiktiraf pemain terbaik Fifa


Lionel Messi dan Megan Rapinoe diiktiraf pemain bola sepak terbaik oleh Fifa semalam. – Gambar EPA, 24 September, 2019.

LIONEL Messi menerima Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Fifa semalam, manakala Megan Rapinoe pula mendapat anugerah sama untuk pemain wanita bagi melengkapkan kejayaan pasukan AS di Piala Dunia Wanita.

Kejayaan Messi, yang kini bermain untuk Barcelona mengejutkan kerana berjaya menewaskan Virgil Van Dijk, yang menang anugerah pemain terbaik Uefa bulan lepas selepas membantu Liverpool menjadi juara Liga Juara-Juara musim lepas.

Messi dan Van Dijk kini akan berebut untuk mendapat Ballon d’Or yang akan diumumkan 2 Disember nanti.

Cristiano Ranaldo yang bermain untuk Juventus juga disenarai pendek untuk anugerah itu.

Rapinoe menewaskan rakan sepasukan Alex Morgan dan pemain England, Lucy Bronze untuk menerima anugerah kategori wanita.

Pemain berusia 34 tahun itu menang anugerah Kasut Emas kerana menjadi penjaring terbanyak dan Bola Emas kerana menjadi pemain terbaik pada Piala Dunia Wanita, beliau juga menjadi tumpuan kerana pandangan lantangnya melawan Presiden AS Donald Trump. – AFP, 24 September, 2019.

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen