Dunia khianati anak muda, Greta kecam pemimpin dunia


Greta Thunberg mengecam pemimpin dunia yang mengkhianti generasi muda kerana gagal bertindak menangani isu perubahan iklim. – Gambar EPA, 24 September, 2019.

GRETA Thunberg mengecam pemimpin dunia pada ucapannya di Sidang Iklim Dunia PBB semalam, menuduh mereka mengkhianati generasinya kerana gagal menangani pembebasan gas rumah hijau, bertanyakan “Berani anda?” 

Remaja Sweden yang menjadi wajah perjuangan gerakan anak muda menuntut tindakan segera global ke atas perubahan iklim dunia memulakan ucapannya dengan: 

“Mesej saya adalah kami akan perhatikan anda semua,” mencetuskan gelak ketawa dewan persidangan. 

Tetapi, tidak lama kemudian, jelas sekali ucapan itu adalah bukti keseriusan dunia. 

“Ini tak betul. Saya tak patut berada di sini. Saya patutnya berada di sekolah di benua sebelah sana,” kata remaja berusia 16 tahun yang kini bercuti setahun daripada belajar. 

“Anda telah merampas impian saya dan kanak-kanak yang lain dengan kata-kata kosong, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

“Rakyat menderita, di penghujung nyawa. Seluruh ekosistem kian musnah.

“Kita kini di puncak kemusnahan, dan anda (pemimpin dunia) hanya bercakap soal wang, dan cerita dongeng berkenaan pembangunan ekonomi. Berani anda!”

Tambahnya, dalam perbincangan dengan pemimpin sebelum itu, beliau diberitahu suara anak muda sudah didengari dan keterdesakan itu difahami. 

“Tetapi, tidak kira betapa sedih atau marah saya, saya tak mahu percayakan semua itu, kerana jika anda betul-betul faham situasi sekarang dan masih gagal bertindak, maka anda semua adalah kejahatan dan saya enggan untuk percaya.” 

Beliau kemudiannya memperincikan pelbagai sasaran alam sekitar yang masih gagal dipatuhi, menimbulkan risiko “tindakan berantai diluar keupayaan kawalan manusia yang tidak boleh dibalikkan semula.” 

Beliau juga mendesak Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk meminta negara dunia meluaskan komitmen alam sekitar mereka. 

“Anda kecewakan kami,” katanya. “Tetapi, anak muda mula memahami pengkhianatan anda. 

“Semua generasi masa depan sedang memandang anda sekarang, dan jika anda pilih untuk kecewakan kami. Saya kata, kami tidak akan maafkan anda!”. – AFP, 24 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen