PIHAK berkuasa Indonesia pada Isnin terpaksa menangguhkan sementara waktu semua penerbangan ke wilayah paling timur di Papua, susulan rusuhan yang melanda wilayah itu, lapor agensi berita Anadolu.
“Kami telah bekerjasama dengan semua pihak termasuk tentera dan polis untuk menangani rusuhan itu,” kata ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Usman Effendi kepada pemberita di ibu kota Jakarta.
Beliau berkata beberapa penerbangan ke Wamena, bandar terbesar di wilayah itu telah ditangguhkan.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Dadun Kohar berkata pihaknya telah bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan penerbangan untuk memastikan keselamatan di lapangan terbang. – Bernama, 23 September, 2019.
Komen