Institut Penyelidikan Khazanah cadang takrif baru kelas pendapatan


Lee Chi Leong

Institut Penyelidikan Khazanah mencadangkan kategori T30, M50 dan B20 diwujudkan bagi mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan dan membasmi kemiskinan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September Ogos, 2019.

PUTRAJAYA perlu melihat semula kategori pendapatan isi rumah dengan memperkenalkan kategori baharu T30, M50 dan B20 bagi mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan dan membasmi kemiskinan, kata badan pemikir kerajaan.

Kategori ini dicadangkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) hari ini sebagai sebahagian daripada kajian mereka berhubung amalan kerajaan dalam mengklasifikasikan isi rumah berdasarkan tahap pendapatan.

Kajian itu didedahkan susulan gesaan pelbagai pihak untuk kerajaan mengkaji semula garis kemiskinan memandangkan ukuran sekarang tidak menggambarkan kadar kemiskinan semasa.

Ketika ini, Putrajaya membahagikan isi rumah semua rakyat Malaysia kepada “Top 20”, “Middle 40” dan “Bottom 40” mengikut tahap pendapatan mereka dan kerajaan mengagihkan bantuan kebajikan berdasarkan kategori ini.

Penyelidik KRI berhujah bahawa sasaran bantuan hanya kepada kumpulan B40 adalah “terlalu sempit dan terlalu luas”, kerana mereka dalam kumpulan ini memerlukan pelbagai jenis bantuan.

“Sempadan B40 ketika ini terlalu meluas kerana sebahagianbesar daripada mereka dalam B40 mungkin tidak memerukan jenis bantuan yang sama sebagaimana miskin tegar,” kata KRI dalam satu kenyataan hari ini.

Ia merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Hawati Abdul Hamid, Gregory Ho Wei Son dan Suraya Ismail bertajuk “Demarcating Households: an Integrated Income and Consumption Analysis”.

Menurut mereka, kategori B40 tidak menyumbang kepada perbezaan saiz keluarga, lokasi geografi dan corak perbelanjaan walaupun dalam kalangan isi rumah.

“Isi rumah yang berbeza dalam spektrum pendapatan yang sama membeli pelbagai jenis barangan walaupun dalam kategori yang sama,” kata mereka. – 23 September Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen