Jordan suarakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin


Raja Jordan Raja Abdullah berkata pihaknya akan terus menyokong usaha rakyat Palestin untuk mendapatkan hak dan menolak semua langkah sepihak yang akan melemahkan usaha damai. – Gambar AFP, 23 September, 2019.

JORDAN akan terus menyokong usaha rakyat Palestin untuk mendapatkan hak dan menolak semua langkah sepihak yang akan melemahkan usaha damai, kata Raja Jordan Raja Abdullah. 

Beliau mengesahkan sokongan itu semasa bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Ahad di New York.

Raja Abdullah berkata penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk menamatkan konflik Palestin-Israel, seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Jordan akan terus melaksanakan peranannya melindungi tempat suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis katanya, sambil menegaskan mengenai pentingnya memelihara status quo dan undang-undang di Baitulmaqdis. 

Pada pertemuan yang turut dihadiri pegawai kanan kedua-dua pihak, Presiden Abbas juga menyampaikan penghargaan atas sokongkan diberikan selama ini oleh Jordan di semua forum antarabangsa. – Bernama, 23 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen