Kerajaan cari pelabur untuk projek jambatan Labuan akhir tahun ini


Jason Santos

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal (tengah) menerima kunjungan delegasi persatuan peniaga Labuan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 23 September Ogos, 2019.

KERAJAAN akan mencari pelabur bagi projek jambatan Labuan menjelang akhir tahun ini, kata Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli.

Projek itu merupakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan pelabur berpotensi akan dibayar melalui pertukaran tanah dan perjanjian konsesi seperti kutipan tol.

“Harapan saya akan ada kumpukan pelabur yang sanggup melabur dan projek jambatan ini,” kata Rozman di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau mengetuai delegasi daripada persatuan perdagangan di kawasannya untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu.

Rozman berkata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad telah mengumumkan bahawa kontrak bagi projek berkenaan akan dianugerahkan pada akhir 2020.

“Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersetuju untuk meneruskan projek itu sebagai PFI dan tekah mengadakan pertemuan dengan ketua menteri Sabah untuk membincangkan projek berkenaan,” katanya.

Tambah Rozman, beliau mahu projek berkenaan memberi faedah kepada rakyat dan bukan sahaja kepada industri. Beliau juga berharap tol yang dikenakan tidak melebihi RM10.

Jambatan Labuan sepanjang 10 kilometer itu dijangka akan menelan kos lebih RM5 bilion. Ia  akan menghubungkan Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah. – 23 September Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen