Bomba berjaya kurangkan kebakaran di tanah gambut Sri Aman


Desmond Davidson

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku di tanah gambut di Sri Aman, Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2019.

ANGGOTA bomba telah berjaya mengurangkan api yang marak di tanah gambut di Sri Aman kepada 1 hektar selepas kebakaran melanda hampir 54 hektar di kawasan itu.

Bagaimanapun tiga “poket” masih terbakar, kata Komander Op STC Tiong Ling Hii yang dinamakan sempena kampung berdekatan dengan kawasan yang terbakar.

Hujan pada Sabtu lepas susulan operasi pembenihan awan juga turut membantu memadamkan kebakaran.

Dalam laporan 7.45 pagi hari ini Tiong berkata kawasan yang terbakar hanya melibatkan kawasan kecil iaitu tiga kawasan yang dipanggil sektor A (0.4ha), sektor B (juga 0.4ha) dan sektor C (0.2ha).

Anggota bomba dikerahkan ke Sektor A untuk sesi jam 8 malam hingga 8 pagi tidak menemui sebarang api baharu dan kawasan itu hanya dipenuhi asap sambil menambah api yang merebak di Sektor B telah segera dipadamkan.

Menurutnya adalah sukar untuk memasuki kedua-dua kawasan berkenaan kerana ketiadaan jalan masuk.

Sektor C menjadi kawasan keutamaan anggota bomba sejak beberapa hari lepas kerana ia terletak berhampiran dengan Kampung STC.

“Firebreaks” juga telah membantu menghalang api dari merebak ke kawasan rumah penduduk dan bangunan lain.

Tiong berkata, anggota bomba dengan bantuan tentera, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi kerajaan lain juga mewujudkan laluan akses untuk membolehkan hos air sampai ke lokasi yang maish terbakar. – 23 September, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen