SERAMAI 15 pegawai penjara di Itali disiasat kerana didakwa menyeksa seorang tahanan Tunisia, lapor media tempatan semalam.
Pendakwa raya di Siena mendakwa 15 pegawai itu atas tuduhan memukul dan memalukan tahanan di penjara San Gimignano tahun lepas, kata akhbar tempata Repubblica.
Empat daripada pegawai itu digantung kerja minggu lalu selepas siasatan dibuat selama sebulan.
Kes itu dilaporkan apabila terdapat rakaman pengawasan dan kenyataan saksi daripada tahanan lain.
Kumpulan hak penjara Antigone berkata, ia adalah kes pertama yang dibawa oleh pendakwa raya sejak penganiayaan dianggap sebagai jenayah pada 2017.
Unions pada Julai memberi amaran bahawa keadaan di penjara San Gimignano adalah “ledakan”, kata Corriere della Sera. – AFP, 23 September, 2019.
Komen