1 lagi kes disyaki demam babi Afrika dilaporkan di Korea Selatan


Kementerian Pertanian Korea Selatan hari ini berkata satu lagi kes disyaki demam babi Afrika dilaporkan selepas negara itu mengesahkan dua kes kematian akibat dijangkiti penyakit berbahaya itu minggu lepas. – Gambar EPA, 23 September, 2019.

KEMENTERIAN Pertanian Korea Selatan hari ini berkata satu lagi kes disyaki demam babi Afrika dilaporkan selepas negara itu mengesahkan dua kes kematian akibat dijangkiti penyakit berbahaya itu minggu lepas, lapor agensi berita Yonhap.

Kes yang disyaki itu dilaporkan berlaku di sebuah ladang ternak di Gimpo, yang terletak kira-kira 30 kilometer di barat Seoul, menurut kementerian tersebut.

Kes pertama demam babi Afrika dilaporkan di Paju yang terletak berhampiran sempadan Korea Utara minggu lepas manakala kes kedua pada hari berikutnya di kejiranan Yeoncheon.

Setakat ini, semua kes yang disahkan atau disyaki adalah dari kawasan utara di Wilayah Gyeonggi, yang terletak bersebelahan sempadan antara Korea. – Bernama, 23 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen