Israel potong bekalan elektrik di Tebing Barat


Kementerian Kesihatan Palestin memberi amaran pemotongan bekalan elektrik oleh pihak Israel akan menjejaskan hospital dan pusat perubatan. – Gambar AFP, 23 September, 2019.

SYARIKAT elektrik Israel berkata pada Ahad ia memotong bekalan kuasa kepada sebahagian Tebing Barat yang diduduki kerana tunggakan bayaran yang belum selesai berjumlah hampir AS$483 juta.

Israel Electric Corporation berkata hutang sebanyak ILS1.7 bilion masih belum berbayar oleh pembekal kuasa utama Palestin untuk Tebing Barat, yang berpusat di timur Baitulmaqdis.

Sejak Isnin, syarikat itu “akan mengurangkan bekalan tenaga di beberapa kawasan di Tebing Barat” disebabkan hutang itu, katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata tidak menemui sebarang alternatif bagi pembayaran.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Palestin mengecam langkah itu sebagai “pemerasan” oleh pihak berkuasa Israel.

“Kerajaan diduduki (Israel) sedang mencari, menerusi sekatan dan eksploitasi hutang elektrik, untuk memberi tekanan kepada pemerintah Palestin agark menerima persetujuan yang tidak menghormati hak Palestin,” kata ketua tenaga Palestin Zafer Melhem.

Pihak berkuasa Palestin mengatakan dalam dua bulan terakhir ia sudah membayar hampir AS$100 juta hutang terkumpul oleh pembekal timur Baitulmaqdis yang terletak di majlis perbandaran Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin memberi amaran pemotongan bekalan kuasa elektrik boleh menjejaskan hospital dan pusat perubatan. – AFP, 21 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen