Sri Lanka arah siasatan baharu berhubung bom bunuh diri


Sirisena berkata suruhanjaya itu mempunyai kuasa kehakiman untuk mengumpul bukti mengenai mereka yang bertanggungjawab terhadap pengeboman, dan diberi kuasa untuk menyiasat masalah keselamatan dan perisikan. – Gambar AFP, 22 September, 2019.

SIASATAN baharu berhubung pengeboman bunuh diri pada Hari Easter di Sri Lanka yang membunuh sekurang-kurangnya 258 orang diarahkan untuk dijalankan semula oleh presiden Maithripala Sirisena pada hari Ahad, selepas Gereja Katolik melahirkan rasa yang mengatakan siasatan yang dilakukan ketika ini tidak bebas.

Kerajaan telah menyalahkan kumpulan jihadis tempatan, National Thowheeth Jama’ath (NTJ) berhubung serangan pada 21 April di tiga gereja dan tiga hotel mewah, manakala kumpulan Daesh juga turut mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Sirisena berkata suruhanjaya itu mempunyai kuasa kehakiman untuk mengumpul bukti mengenai mereka yang bertanggungjawab terhadap pengeboman, dan diberi kuasa untuk menyiasat masalah keselamatan dan perisikan.

Panel lima anggota diketuai hakim Mahkamah Rayuan dan tiga hakim lain serta kakitangan awam yang bersara itu diarahkan untuk menyiapkan laporan dan membentangkan cadangan dalam masa tiga bulan.

Siasatan itu dilancarkan selepas Gereja Katolik menyuarakan bahawa bahawa siasatan parlimen dan penyiasatan polis ke atas serangan tidak cukup mandiri.

Walaupun siasatan yang baru dilancarkan sedang dijalankan oleh sekumpulan ahli parlimen, banyak ahli pembangkang memboikotnya. Mereka mengatakan suruhanjaya tersebut digunakan oleh parti-parti politik untuk menangkis sebarang tanggungjawab kerana gagal menghentikan serangan.

Sirisena, yang juga merupakan menteri undang-undang dan ketenteraan, mengatakan bahawa semua yang bertanggungjawab atas serangan itu sama ada terbunuh atau telah ditangkap.

Siasatan awam parlimen telah mendengar keterangan dari pegawai risikan dan pegawai polis kanan bahawa Sirisena mengabaikan isu keselamatan negara dan gagal mengadakan mesyuarat majlis keselamatan nasional secara kerap. – AFP, 22 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen