Pihak berkuasa India rampas 1 tan dadah


Enam suspek dan muatan yang dirampas dibawa ke Pelaburan Blair, Andaman dan Kepulauan Nicobar untuk disiasat pihak berkuasa India. – Gambar AFP, 22 September, 2019.

PASUKAN pengawal pantai India merampas dadah jenis ketamine seberat 1 tan bernilai AS$43 juta yang dibawa menggunakan sebuah bot di Laut India dekat Kepulauan Nicobar.

Enam lelaki Myanmar turut ditahan oleh pihak berkuasa India dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Dadah seberat 1,160 kilogram itu dirampas selepas pesawat pasukan pengawal pantai mengesan bot itu yang menutup lampu di kawasan Zon Eksklusif Ekonomi India.

Krew bot itu juga tidak membalas panggilan radio dan pihak berkuasa bertindak menahan dan menaiki bot itu sebelum menemukan 57 guni yang mencurigakan.

“Hasil siasatan awal mendapati kandungan guni itu adalah dadah jenis ketamine yang dibungkus 1 kilogram sebanyak 1,160 paket,” kata Kementerian Pertahanan India.

Enam suspek dan muatan yang dirampas dibawa ke Pelaburan Blair, ibu wilaya Andaman dan Kepulauan Nicobar untuk disiasat lanjut.

Suspek mendakwa mereka meninggalkan Myanmar pada 14 September dan sepatutnya bertemu dengan sebuah lagi bot berdekatan sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu. – AFP,  22 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen