BERATUS-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan akibat angin kuat dan hujan lebat tercetus dari Taufan Tapah yang menghampiri barat daya Jepun.
Taufan yang membawa kelajuan angin 162 kilometer sejam itu, dijangka membadai berhampiran wilayah Nagasaki malam ini, kata Agensi Meteorologi Jepun.
Tapah berada dalam laluan menerusi terusan antara Jepun dan Semenanjung Korea sebelum bergerak ke utara Jepun esok dan dijangka mulai melemah.
Taufan itu menyebabkan lebih 400 penerbangan domestik dibatalkan.
Amaran juga dikeluarkan tentang kemungkinan angin kencang, ombak tinggi dan kejadian tanah runtuh.
Setakat ini, taufan itu menyebabkan 21 orang mengalami kecederaan, kebanyakannya berlaku di Okinawa.
Kira-kira 2,000 penduduk sudah diarahkan berpindah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – AFP, 22 September, 2019.
Komen