PERKHIDMATAN bas dan kereta api ke lapangan terbang di Hong Kong dikurangkan hari ini dan polis meningkatkan lagi pemeriksaan keselamatan untuk mengagalkan rancangan penunjuk perasaan pro-demokrasi.
Lapangan terbang Hong Kong yang kelapan tersibuk di dunia itu sering dijadikan sasaran penunjuk perasaan.
Forum dalam talian yang digunakan oleh pemimpin pergerakan itu menyeru pengikut mencetus kekecohan di sepanjang laluan atau di bangunan lapangan terbang.
Ini menyebabkan pengendali pengangkutan awam mengurangkan perkhidmatan bas dan hentian kereta api laju.
Sepanjang tiga bulan yang lalu, penyokong pro-demokrasi merusuh di jalanan di wilayah yang diserah kembali ke China dari Britain pada 1997. – AFP, 22 September, 2019.
Komen