Hong Kong kini 'negeri polis', kata aktivis


Pasukan keselamatan Hong Kong bertindak melulu dan menyalahi undang-undang terhadap rakyat semasa rusuhan, kata Amnesty International. – Gambar AFP, 22 September, 2019.

HONG Kong kini berubah menjadi “negeri polis” akibat tindakan ganas anggota polisnya yang dulu digelar “terbaik di Asia”, kata aktivis terkemuka berkenaan rusuhan berpanjangan di wilayah itu.

Mereka berkata demikian susulan pertempuran antara perusuh dengan pasukan polis dekat sempadan China semalam.

“Dalam tempoh tiga bulan setengah ini kita lihat polis di Hong Kong sudah hilang kawalan,” kata aktivis yang juga penyangi pop, Denise Ho.

“Hong Kong berubah menjadi negeri polis di mana kerajaan berselindung di sebalik pasukan polis dan enggan mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang sedang dihadapi.”

Seorang lagi aktivis, Brian Leung berkata pasukan polis kini dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa pemimpin ekeskutif Hong Kong Carrie Lam dan disalahguna untuk menyeksa serta menutup suara rakyat.

Badan hak asasi manusia Amnesty pada Jumaat menuduh pasukan polis Hong Kong menggunakan kekerasan melampau.

“Sebagai balasan, pasukan keselamatan Hong Kong bertindak melulu dan menyalahi undang-undang terhadap rakyat semasa rusuhan,” kata Pengarah Amnesty International di Asia Timur, Nicholas Bequelin.

“Ini termasuklah penahanan dengan sewenanng-wenangnya dan keganasan terhadap tahanan yang mana ada antara mereka diseksa.” – AFP, 22 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen