Ribuan sertai bantahan rangkaian 5G di Switzerland


Peserta bantahan berkumpul di depan bangunan parlimen Switzerland semalam, mendesak agar pembinaan antena 5G dihentikan. – Gambar AFP, 22 September, 2019.

BERIBU orang menyertai bantahan terhadap pelancaran teknologi tanpa wayar 5G di Bern, Switzerland semalam atas alasan bimbang ia menjejaskan kesihatan orang ramai.

Peserta bantahan berkumpul di depan bangunan parlimen, mendesak agar pembinaan antena 5G dihentikan.

“Hakikat kedatangan ramai orang pada hari ini adalah sebagai tanda bantahan terhadap pengenalan 5G tanpa kawalan,” kata Tamlin Schibler Ulmann, presiden bersama kumpulan Freqeucia yang menganjurkan bantahan.

Monaco menjadi negara pertama di Eropah yang merasmikan rangkaian 5G pada Julai yang berasaskan teknologi Huawei dari China.

Pengkritik di Switzerland berkata kesan radiasi daripada sistem baharu itu berisiko menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia berbanding generasi teknologi mudah alih terdahulu.

Petisyen dalam talian juga dilancarkan untuk mendesak beberapa wilayah iaitu Geneva, Vaud, Fribourg dan Neuchatel menangguhkan pembinaan antena 5G.

Persekutuan Doktor Swiss (FMH) juga berkata beberapa pendekatan perlu diambil ke atas teknologi baharu itu. – AFP, 22 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen