PUTERA Harry dan penyanyi Gloria Estefan serta Chance the Rapper, antara selebriti yang bakal hadir perhimpunan dua hari dirancang bekas presiden Barack Obama dan isteri, Michelle pada akhir bulan ini dalam usaha menyokong pemimpin masa depan.
Harry dijadualkan memberi ucapan kepada 500 pemimpin muda dan aktivis masyarakat yang dipilih daripada 20,000 permohonan dari seluruh dunia, bagi apa yang dijanjikan Yayasan Obama sebagai bengkel kerja intensif dan peluang berkongsi idea.
Chance the Rapper dan Estefan akan mengadakan persembahan dalam konsert terbuka sebagai penutup acara itu.
Perhimpunan di negeri kelahiran Obama di Chicago itu dianjurkan oleh yayasan sempena nama mereka, yang juga membina perpustakaan bekas presiden itu di bandar raya itu, lokasi di mana Obama memulakan kerjaya politik.
“Matlamat Yayasan Obama ialah menggalakkan dan memperkasakan golongan muda untuk menghasilkan perubahan positif dalam komuniti mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Obama, David Simas.
Antara hadirin ditonjolkan yayasan itu ialah Trisha Shetty dari India, yang menubuhkan pertubuhan SheSays bagi memerangi penderaan seksual terhadap wanita. – AFP, 14 Oktober, 2017.
Komen